Hubungan Rusia Dan Amerika Syarikat Tegang

Hubungan Rusia Dan Amerika Syarikat Tegang

Texas – Kematian seorang kanak-kanak Rusia berusia tiga tahun ketika berada dalam jagaan keluarga angkatnya di Amerika Syarikat telah mencetuskan kontroversi baru melibatkan dua negara berkenaan.
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan, kanak-kanak itu, Max Shatto meninggal dunia akibat didera manakala Amerika Syarikat memberitahu, siasatan sedang dijalankan.
Max, yang dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga di AS, telah diberi nama Maxim Kuzmin.
Dia meninggal dunia pada 21 Januari lalu dengan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.
Menurut wakil khas Kementerian Luar Rusia, Konstantin Dolgov, kanak-kanak itu juga mengalami kecederaan di bahagian abdomen dan organ dalaman yang berkemungkinan disebabkan oleh pukulan kuat.
Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan pihak berkuasa masih menunggu keputusan bedah siasat.
Max yang berasal dari Pskov, Rusia, menetap bersama keluarga angkatnya di Gardendale, kira-kira 350 batu ke barat Dallas.
Kematian Max berlaku beberapa minggu selepas Rusia mengumumkan mengharamkan pengambilan anak angkat daripada warga Amerika Syarikat.
Keputusan itu diambil selepas Amerika Syarikat mendakwa Rusia mencabul hak asasi kemanusiaan.
Seramai 60,000 kanak-kanak Rusia telah dijadikan anak angkat di Amerika Syarikat sejak dua dekad lalu dengan 19 kematian direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story