Najwa Latif : Hubungan Dengan Bapa Semakin Baik

Najwa Latif : Hubungan Dengan Bapa Semakin Baik

Selepas berdepan dengan kontroversi hujung tahun lalu, Najwa Latif mengakui kini hubungan dengan bapa kandungya, Abdul Latif Ismail sudah semakin baik.
Sebelum ini, Najwa, 18, menerusi laporan sebuah akhbar telah dituduh sebagai anak derhaka dan bapanya meminta penyanyi muda ini untuk meminta maaf kepadanya akhir tahun lalu.
Memetik laporan Murai, Najwa menjelaskan, “Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarga yang lain dengan bapa sudah pun baik dan mereka juga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya.
“Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya,” katanya.
Najwa yang kini semakin popular dengan single terbarunya berjudul Sahabat turut menyatakan kontroversi yang menghimpitnya itu tidak sedikit pun menjejaskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penggubah lagu.
Sementara itu, penyanyi lagu Cinta Muka Buku ini juga menanam impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan bercita-cita mahu menjadi pensyarah seperti ibunya.
Baguslah begitu Najwa.  Jangan campur-adukkan kerjaya dan masalah peribadi jika ingin berjaya dalam industri hiburan ya!
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story