Apple Diserang Penggodam Siber

Apple Diserang Penggodam Siber

SAN FRANCISCO – Apple hari ini berkata ia mengalami serangan siber yang sama dengan serangan yang melanda Facebook baru-baru ini, namun berjaya menghalang penggodam daripada merampas data penggunanya.
Pembuat iPhone, iPads, iPod, dan komputer Macintosh berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa undang-undang untuk memburu peggodam, yang muncul dalam beberapa siri serangan siber terhadap firma teknologi AS.
“Malware digunakan dalam serangan terhadap Apple dan syarikat lain, dan tersebar melalui laman web pembuat perisian,” kata Apple menerusi emel yang dihantar kepada AFP hari ini.
Virus itu mengambil kesempatan dalam program Java yang digunakan sebagai “plug in” ketika melayari laman web.
Sebilangan kecil sistem komputer Apple dijangkiti tetapi ia sudah diasingkan daripada rangkaian utama, kata syarikat itu. – AFP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story