Di Pahang… Seorang Wanita Muda Maut Dihempap Lembu

Maut Dihempap Lembu

JENGKA – Seorang pembonceng wanita maut dihempap lembu apabila motosikal dinaikinya melanggar haiwan itu dalam satu kemalangan yang berlaku kira-kira 400 meter dari simpang masuk tanah rancangan Jengka 18, kelmarin.
Mangsa, Nurul Nasirah Mat Nasir, 25, meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dihimpit lembu terbabit yang mati dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 30.6 jalan Temerloh-Bandar Jengka.
“Berdasarkan siasatan, penunggang motosikal dikatakan tidak sempat mengelak apabila secara tiba-tiba, seekor lembu melintas di hadapan mereka.
“Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya semalam (kelmarin),” katanya.
Difahamkan, mangsa baru sahaja menamatkan kursus kejururawatan dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama teman lelakinya. – Sinar Harian Online
*Takziah kepada keluarga mangsa – Mynewshub


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story