Brussels – Sekumpulan perompak bersenjata merompak berlian bernilai lebih £32 juta (RM153 juta) ketika ia dipunggah masuk ke dalam sebuah pesawat di lapangan terbang Brussels, semalam.
Lapan lelaki bersenjata menceroboh penghadang lapangan terbang itu menaiki kereta polis palsu sebelum memandu melintasi van keselamatan diparkir di landasan bersebelahan dengan pesawat penumpang Switzerland.
Kumpulan itu yang mengancam kakitangan bertugas merampas dua peti logam berkunci mengandungi barangan berharga ketika ia dipunggah ke dalam pesawat penerbangan Helvetic menuju ke Zurich pada jam lapan malam.
Lelaki terbabit kemudian memunggah emas dan batu permata ke dalam kereta polis itu dan van kedua sebelum melarikan diri.
Kegiatan rompakan terancang itu mengambil masa hanya tiga minit.
Seorang pendakwa raya Belgium berkata: “Kumpulan lelaki itu bersenjatakan pistol tiba dengan dua kereta.
“Mereka mengancam kakitangan penerbangan dan petugas keselamatan serta menuntut mereka menyerahkan berlian dan batu permata lain sebelum melarikan diri. Tiada sesiapa dilaporkan cedera.
“Suspek dipercayai membuat lubang di pagar keselamatan yang mengelilingi lapangan terbang itu.”
Sebuah kereta Audi Saloon diubah suai seperti kereta polis digunakan dalam insiden itu bersama dengan sebuah van Mercedes.
Van Mercedes itu ditemui dibakar di pinggir Brussels sejam selepas rompakan itu. – Agensi
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment