Polisi Insurans Kes Ragut, Samun, Rompak

Polisi Insurans

KUALA LUMPUR – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) melancarkan polisi insurans kemalangan peribadi baharu dikenali sebagai ATM Shield.
Allianz General dalam satu kenyataan media memberitahu, polisi insurans itu yang pada mulanya diperkenalkan kepada semua pelanggan CIMB Bank kini dibuka kepada orang awam.
“ATM Shield asasnya adalah satu pelan perlindungan peribadi kerana ia menyediakan perlindungan 24 jam bagi kecederaan atau kerugian yang dialami akibat kecurian ragut, cubaan kecurian ragut, samun atau cubaan rompakan.
“Polisi insurans ini juga menyediakan pampasan bagi tunai hilang akibat ragut atau rompakan yang berlaku dalam tempoh 24 jam di mana-mana mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh dunia,” kata kenyataan itu hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Zakri Khir dalam kenyataan sama berkata, kejadian kecurian ragut dan rompakan ATM kini menimbulkan kebimbangan ramai pihak.
Menurutnya, kejadian merampas barang-barang peribadi orang ramai dalam kenderaan yang bergerak menimbulkan isu keselamatan terutama bagi golongan wanita yang menggunakan mesin ATM.
Jelas beliau, meskipun ATM Shield tidak boleh menghentikan kejadian yang tidak diduga seperti daripada berlaku, tetapi ia boleh memainkan peranan untuk membantu orang ramai yang mengalami situasi itu.
Kata beliau, dengan ATM Shield peserta polisi yang cedera dan dimasukkan ke hospital selama lebih daripada 12 jam disebabkan oleh ragut akan mendapat faedah harian sehingga 30 hari.
Tambahnya, polisi itu juga menyediakan perlindungan untuk kerugian kesan peribadi seperti kad pengenalan, pasport, lesen memandu, kad kredit, kad ATM, kad akses kepada bangunan atau tempat letak kereta dan juga cermin mata hitam, kamera, kunci rumah, telefon bimbit, dompet dan beg tangan.
Beliau berkata, ATM Shield turut menyediakan manfaat tambahan dan membayar balik untuk perbelanjaan perubatan daripada kecederaan yang dialami akibat diragut atau cubaan ragut.
”Pelan ini untuk mereka yang berusia 18 hingga 70 tahun dan merupakan pelaburan yang penting,” katanya lagi. – mynewshub.my
Sekadar Gambar Hiasan


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story