Mohd. Ismail Timbalan Naib Canselor Baharu UTM

Mohd. Ismail Timbalan Naib Canselor Baharu UTM

JOHOR BAHRU – Profesor Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baharu berkuatkuasa 16 Februari lalu.
UTM melalui satu kenyataan media memberitahu, pelantikan Mohd. Ismail yang sebelum ini Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa UTM ke dalam  jawatan itu untuk tempoh tiga tahun.
“Pelantikan Mohd. Ismail disyorkan oleh jawatankuasa pemilihan yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali dan pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.
“Mohd. Ismail sebahagian daripada pasukan pengurusan universiti yang memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan penglibatan antarabangsa universiti selaras dengan pelan Global UTM 2012-2020,” kata Naib Canselor UTM, Datuk Seri Prof Dr. Zaini Ujang dalam kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Timbalan Naib Canselor HEMA UTM baharu tersebut sebelum ini merupakan Ketua Projek Agenda Kritikal Pengantarabangsaan Kementerian Pengajian Tinggi.
Mohd. Ismail yang berasal dari Kuantan, Pahang memperoleh Ijazah Pertama dalam bidang Matematik Gunaan dan Sains Komputer dari Universiti New Sotuh Wales, Australia.
Beliau juga memliki Ijazah Sarjana dari Universiti Loughborough United Kingdom dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan kawalan dari Universiti City London.
Mohd. Ismail terlibat secara aktif dalam mewujudkan projek-projek strategik antara UTM dan universiti terkenal di peringkat antarabangsa seperti kerjasama strategik dengan Oxford Centre for Industrial and Applied Mathematics (OCIAM) dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT).


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story