Pegawai Kanan ATM Ditahan Minum Arak

Minum Arak

Seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Leftenan Kolonel dan lima anggota lain-lain pangkat yang beragama Islam ditahan selepas disyaki meminum arak dalam serbuan berasingan yang dijalankan di dua pusat hiburan di Jalan Ipoh, awal pagi tadi.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, “pegawai berkenaan ditahan kerana positif dalam ujian alkohol yang dijalankan keatasnya di lokasi tersebut.
“Ketika serbuan, pegawai berkenaan sedang asyik berhibur bersama dua perempuan berusia 20-an yang didakwa anak saudaranya. Bagaimanapun kedua-dua mereka (anak saudara) dibebaskan selepas disahkan negatif dalam ujian pengesanan alkohol,” katanya ketika dihubungi.
Asmawi berkata, ketika ditahan, lelaki berkenaan merayu minta dilepaskan kerana khuatir memberi kesan terhadap nama baik dan jawatannya.
“Pihak kami tidak sesekali berkompromi dalam kes seperti ini tidak kira siapa, sama ada tentera, orang biasa, atau orang kenamaan kerana sudah sedia maklum kelab-kelab malam tempat yang dilarang kepada umat Islam,” katanya.
Pegawai terbabit bersama lima anggotanya yang lain akan disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 kerana minum minuman yang memabukkan.
Sementara itu, tiga Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) turut ditahan dalam serbuan yang sama kerana disyaki berlakuan kurang sopan di khalayak ramai.
Ketiga-tiga GRO itu akan disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. – MyNewsHub
*Sekadar Gambar Hiasan


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story