Setelah hampir sebulan menghabiskan masa di lokasi penggambaran untuk drama bersiri Setia Hujung Nyawa, pelakon remaja, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, menyatakan bahawa dia mahu kembali fokus kepada bidang pengajiannya.
Memetik laporan Rotikaya, Nelydia menyatakan, “Selepas ini saya akan kembali menghadiri persiapan ke kuliah seperti biasa untuk meneruskan pelajaran selepas sebulan saya bercuti dan akan kembali fokus kepada pelajaran saya.
“Lebih kurang setahun lagi jangkaan untuk saya menamatkan pengajian saya dalam bidang psikologi. Selepas sekiranya diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran saya dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara,” katanya.
Dia yang terkenal dengan watak Ersalina sedang menyambung pengajiannya di sebuah kolej swasta di ibu kota.
Sementara itu, Nelydia turut mengucapkan syukur dengan kejayaan drama lakonannya dengan Amar Asyraff yang mencatat lebih 4 juta tontonan serta menjadi fenomena di kalangan penggemar drama bersiri.
“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana drama tersebut diterima ramai dan saya menganggap bahawa itu merupakan salah satu bonus bagi saya untuk terus bekerja dan mengembangkan lagi bakat yang saya ada dalam dunia lakonan,” katanya.
Baguslah begitu Nelydia. Akademik selari dengan bidang lakonan yang diceburinya.
Semoga artis-artis remaja lain di luar sana turut mencontohi sikap Nelydia yang mengutamakan pelajaran untuk jaminan hidup di masa hadapan.
Oleh: JULIANA JOHAR
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment