Aidil Zafuan Nafi Kahwin Julai Ini

Aidil Zafuan

Konflik rumahtangga pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan semakin sampai ke penghujungnya apabila Aidil dikatakan bakal melafazkan talak pada Isnin depan.
Walau bagaimanapun, timbul pula isu baru apabila tuduhan Rita baru-baru ini, mengatakan Aidil bakal mengahwini seorang gadis yang dikenali sebagai Zarema Zainal pada Julai depan, Aidil hari ini tampil memberikan kenyataan dari pihaknya pula.
Menerusi laporan Berita Harian, Aidil menyatakan, “saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tidak lama lagi? Memang kami ada berkawan tetapi tidaklah sampai ke tahap kenal hati budi.
“Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Saya mengaku pernah bertandang ke rumah keluarganya, tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa,” tambah Aidil Zafuan yang kini bermain untuk kelab Johor Darul Takzim (JDT).
Mengulas lebih lanjut mengenai Zarema, Aidil turut menafikan wanita tersebut sering memandu keretanya seperti yang didakwa oleh seorang pengirim email baru-baru ini.
“Saya tak faham kenapa pengirim itu mendakwa Zarema pandu kereta saya. Buat apalah dia nak pakai kereta saya sedangkan dia anak orang berada.
“Dia mampu miliki apa saja jenis kenderaan yang dia mahu, takkanlah sampai hendak pakai kereta saya,” katanya.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story