Ida Nerina Dan Rakan Arah Filem

Ida Nerina Dan Rakan Arah Filem

Lama sudah tak dengar khabar mengenai pelakon berkaliber Ida Nerina ini kan.
Perkhabaran terbaru, Ida Nerina dijangka menayangkan projek filem pendek yang diusahakannya bersama rakan-rakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013 yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.
Projek istimewa yang diberi nama Ikal Mayang itu menampilkan 15 buah filem pendek yang diarahkan oleh kesemua pengarah wanita yang tidak kurang hebatnya.
Antaranya ialah Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Fauziah Nawi, Datin Sofia Jane, Nanu Baharudin, Mislina Mustaffa, Vanidah Imran, Susan Lankester, Melissa Saila dan Ida Nerina sendiri.
Menerusi petikan laporan Astro Awani, Ida Nerina selaku koordinator projek tersebut menjelaskan pemilihan pengarah dilakukan secara rawak dan dinilai berdasarkan kredibiliti kerja terdahulu setiap mereka yang terlibat.
“Paling utama kami mahu menyampaikan suara wanita dengan menampilkan cerita-cerita mengenai wanita di skrin televisyen agar lebih ramai khalayak penonton yang akan maklum dan sedar akan pilihan, harapan dan impian mereka,” jelas Ida yang cukup dikenali menerusi filem seperti Layar Lara dan Sepet.
Antara judul filem pendek projek terbabit ialah “Looks Fool”  yang diarahkan oleh Nanu Baharudin, “1-800-BABY” (Datin Sofia Jane), “Jerat Suami” (Dira Abu Zahar) dan “Hawa” (Sharifah Amani).
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story