Siapa Yang Makan Cili, Tentu Terasa Pedas!

Siapa Yang Makan Cili, Tentu Terasa Pedas!

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang pantas membidas dan membantah tayangan filem “Tanda Putera” arahan Datin Paduka Suhaimi Baba kepada kira-kira 3,000 warga Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Beliau dalam kenyataannya hari ini kelihatan cukup berang dengan tayangan filem yang mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Meskipun filem ditunjangi oleh Rusdi Ramli membawa watak Tun Abdul Razak dan Zizan Nin sebagai Tun Dr. Ismail dinilai ramai pihak sebagai naskhah filem yang cukup hebat berbanding filem-filem kenegaraan lain, Kit Siang sebaliknya cukup terkilan dengan tayangan filem tersebut.
Umpama siapa yang makan cili tentu terasa pedas, tentu ada sebab musabab untuk tokoh ulung DAP berkenaan begitu terasa dengan kewujudan dan tayangan filem yang berupaya memberi pengetahuan sejarah dan seribu pengajaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingn kesejahteraan dan keamanan negara itu.
“Saya tidak pernah diberi peluang menonton filem itu tetapi apa yang pernah dilakukan bagi publisiti filem itu sudah pun diketahui umum. Saya mendapati ini merupakan sikap tidak bertanggungjawab pencipta filem 13 Mei itu, tidak insaf terhadap perbuatan mereka mempertahankan pembohongan dan penipuan serta benar-benar benci kepada kebenaran.
“Tayangan eksklusif filem berat sebelah dan tidaj jujur berkenaan 13 Mei. Ia sepenuhnya membongkar kepalsuan dakwaan pengarah Tanda Putera, Shuhaimi bahawa adegan rusuhan 13 Mei yang hanya 10 minit daripada keseluruhan 115 minit filem berkenaan, tepat sejarahnya,” dakwanya melalui satu kenyataan media ini.
Sebuah porta berita semalam melaporkan Felda menganjurkan tayangan filem Tanda Putera kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story