ISU FIZZ FAIRUZ: ” Saya Nak Tengok PERMAINAN Azlyn Massiela,” Kata Suaminya

ISU FIZZ FAIRUZ: " Saya Nak Tengok PERMAINAN Azlyn Massiela," Kata Suaminya

Lelaki yang mendakwa dirinya suami Azlyn Massiela memberitahu Harian Metro hari ini, “saya mahu menyaksikan permainan dia (Azlyn)” ekoran kenyataan Azlyn kepada pihak media semalam.
Sekali lagi menegaskan Azlyn isteri keduanya malah surat nikah di Thailand ada dalam simpanan, namun lelaki yang menggelarkan dirinya Ramli itu enggan menunjukkan surat nikah tersebut. Kononnya “keadaan semakin rumit”. Bagaimanapun, satu salinan sudah diserahkan kepada Fizz. Tambahnya lagi, ibu bapa Azlyn boleh mengesahkan perkahwinan mereka.
Apa yang menarik, jika Ramli diawalnya mengeluarkan kenyataan telah merahsiakan pernikahan dengan Azlyn dari isteri pertama malah mereka hanya bertemu beberapa kali dalam sebulan selepas berkahwin kerana tidak mahu isteri pertama mendapat tahu, kini dia mendedahkan Azlyn dan isteri pertama sebenarnya rapat.
Kepada Berita Harian, dia berkongsi hanya sempat bersama Azlyn sebagai suami isteri selama tiga bulan selepas berkahwin pada 9 Mac lalu di selatan Thailand (tetapi sebelum ini kepada Harian Metro dia memaklumkan mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu). Ini disebabkan Azlyn jatuh sakit dan kembali menetap bersama keluarganya. Kali terakhir mereka berjumpa pada November lalu.
Mengenai isu surat nikah, katanya dia mahu terlebih dahulu mendapatkan nasihat perundangan dan meminta peguam memperhalusi dokumen tersebut.
Mohon diberi tempoh seminggu, dia mahu melakukan sembahyang istikharah supaya kebenaran dapat dibuktikan. Jelasnya, dia perlu berfikir masak-masak sebelum membuat pendedahan kerana ia kes rumit dan dia mahu jaga maruah ramai pihak termasuk Azlyn kerana enggan dia menanggung malu.
Selain surat nikah, dia juga mempunyai bukti-bukti lain yang dapat menyokong dakwaannya seperti resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan. – Gua.com.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story