IPOH – Pas dan Umno dilihat mampu untuk bersatu jika masing-masing mengikut prinsip dan kehendak Islam yang sebenar.
Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, pihaknya melihat ruang untuk kedua-dua parti itu untuk bersatu masih ada jika Umno sedia mengubah prinsip dan dasar sekularnya untuk kembali kepada Islam sepenuhnya.
Beliau berkata, selagi Umno tidak mahu mengubah dasar dan prinsipnya, selagi itu orang-orang Melayu tidak akan bersatu.
“Umno perlu berjuang untuk Islam sepenuhnya dan tidak mengkhianati orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abu Bakar berkata, sebagai contoh, tulisan Jawi yang selama ini menjadi warisan persuratan Melayu semakin pupus akibat penghapusannya oleh Umno sebelum ini.
Tambahnya, begitu juga dengan penggunaan bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan kerana mengutamakan bahasa asing termasuk dalam pendidikan.
Beliau berkata, Pas jelas dengan pendirian untuk mengekalkan apa yang ada di dalam perlembagaan melibatkan hak dan kepentingan orang Melayu, bahasa kebangsaan serta memastikan agama Islam terus dipelihara.
Abu Bakar berkata demikian ketika diminta mengulas titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang melihat tiada ruang untuk Pas dan Umno bersatu bagi menyelamatkan perpaduan ummah. – Sinar Harian Online
Abu Bakar berkata demikian ketika diminta mengulas titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang melihat tiada ruang untuk Pas dan Umno bersatu bagi menyelamatkan perpaduan ummah. – Sinar Harian Online
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment