Rosyam Buat Eksperimen Pelakon Tua Jadi Hero

Rosyam Nor

PETALING JAYA – Pelakon Rosyam Nor mahu melakukan eksperimen dengan meletakkan dirinya sendiri sebagai hero untuk mengetahui pelakon yang berusia sepertinya mampu menarik perhatian umum ataupun tidak.
Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 46, berkata, eksperimen itu akan dibuat menerusi lakonannya dalam filem terbaharu Balistik terbitan syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
“Sudah tiba masanya untuk kita mengubah konsep industri filem yang sering memilih pelakon muda sahaja sebagai dalam sesebuah filem.
“Untuk eksperimen pertama, saya akan membuat kajian sendiri adakah saya mampu atau tidak menarik perhatian penonton apabila saya sendiri menjadi hero di layar perak.
“Sekiranya mendapat respons bagus, ia membuktikan tindakan saya itu berhasil dan seterusnya membolehkan saya memberi tawaran kepada pelakon berusia lain untuk menjadi hero menerusi karya-karya terbitan syarikat saya,” katanya.
Bagaimanapun, tambah Rosyam, eksperimen itu akan dilakukan selepas filem lakonannya dalam KL Gangster 2 ditayangkan di layar perak pada tahun ini.
Sementara itu, Rosyam memberitahu, dia bakal menubuhkan sebuah lagi syarikat produksi tidak lama lagi bagi memberi fokus kepada penerbitan filem sementara Suhan Movies akan bertindak menerbitkan drama.
“Lebih mudah sebenarnya apabila saya menggerakkan dua produksi drama dan filem secara berasingan kerana ia akan menjadi lebih tersusun,” jelas Rosyam. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story