Hari ini telah berlangsung peringkat saringan pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2013, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Seramai 77 orang peserta dari 72 buah negara telah mengambil bahagian pada tahun ini.
Berbanding tahun sebelumnya, ia hanya melibatkan 69 orang dari 64 buah negara.
Peserta pada kali ini hadir dengan pelbagai gaya persembahan dan pakaian yang menarik semata-mata mahu mencuri perhatian juri.
Ini kerana sebanyak 20 markah akan diberikan kepada gaya dan penyampaian yang paling kreatif.
Selain itu isi teks ucapan akan diberikan 40 markah, bahasa dengan 30 markah dan 10 markah akan diberikan sebagai bonus.
Lihat gambar di bawah ini yang sempat dirakamkan oleh jurufoto Mynewshub.my.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment