10 Barangan Pelik Yang Pernah Cuba Dipos

Barangan Pelik

Perkhidmatan pos adalah merupakan antara perkhidmatan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Namun menurut sumber deliveryquotecompare.com, terdapat senarai 10 barangan pelik yang pernah cuba dipos oleh rakyat Britain sepanjang 12 bulan lalu yang sememangnya sukar untuk diterima oleh akal fikiran kita.
Antaranya ialah bangkai kucing, pai, pasport dan mesin merentas masa.
“Kadangkala, kami ada menerima barangan dan permintaan pelik daripada pelanggan.
“10 barangan yang telah disenaraikan semestinya antara yang paling pelik pernah kami terima sejak 12 bulan lalu dan alasan yang diberikan oleh pelanggan sering mencuit hati kami,” kata jurucakap pejabat pos, Daniel Parry.
Menurutnya lagi, kebanyakan barang itu boleh dihantar tetapi atas faktor kesihatan dan keselamatan, pihaknya terpaksa menolak permintaan pelanggan tersebut.
Berikut merupakna senarai 10 barangan pelik yang pernah cuba dipos oleh rakyat Britain:
1. Bangkai kucing (pasangan suami isteri dari Yorkshire sedang berada di luar negara ketika kucing mereka mati, ingin dipos supaya mereka boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’)
2. Alat mainan seks yang sudah diguna
3. Pai (ingin dipos oleh seorang ibu kepada anaknya)
4. Mesin merentas masa
5. Hamster yang masih hidup
6. Kolam hiasan, termasuk air dan ikan
7. 500 patung Barbie (ingin dipos oleh seorang lelaki dalam lingkungan 50-an ke rumah baru beliau)
8. Seorang remaja perempuan (seorang ibu mahu anaknya yang sedang ‘homesick’ kerana sedang mengikuti rombongan sekolah supaya dipos kembali ke rumah) 
9. Pasport
10. Karavan

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story