HSA Cari Waris Mayat Tiada Dokumen Diri

Hilang

KUALA LUMPUR – Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, Johor menghadapi kesulitan mengesan waris satu mayat lelaki yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.
Timbalan Pengarah HSA (Pembedahan), Dr. Jamaluddin Ahmad berkata, simati telah datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HAS bagi mendapatkan rawatan tekanan darah tinggi pada 12 Jun lalu.
“Sepanjang mendapatkan rawatan di hospital ini, dia tidak bercakap dan tidak memberi maklumat tentang dirinya.
“Butiran pesakit yang ada cuma berusia lingkungan 50-an, berketurunan India dan dimasukkan ke Wad Dahlia 1 pada 12 Jun 2013,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Jamaluddin memberitahu HSA sedang mengesan waris mayat lelaki tersebut dan mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan HSA di talian 07 – 225 7000 sambungan 2001. – mynewshub.my

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story