GAMBAR: Lima Penyamun Restoran Berjaya Ditahan Selepas Rempuh Kereta Peronda

Penyamun

Hulu Selangor – Seorang anggota polis cedera selepas kereta peronda dipandunya dirempuh sebuah kereta dinaiki lima penjenayah, petang kelmarin.
Mangsa berpangkat Lans Koperal berusia 30-an yang juga anggota unit peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini, mengalami kecederaan di jari kelingking kiri dan lutut kanan akibat rempuhan itu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pihaknya menerima makluman mengenai satu kejadian samun di sebuah restoran di Tanjung Malim, Perak, dekat sini, dan lima suspek menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi melarikan diri menghala Kuala Kubu Baru, kira-kira jam 2.30 petang.
image
Difahamkan, lima suspek terbabit dikatakan menyamun pemilik dan pelanggan restoran berkenaan menggunakan senjata parang sebelum melarikan diri namun, salah seorang pelanggan sempat mencatat nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek lalu menghubungi polis.
“Bertindak atas maklumat diterima, sebuah unit peronda dipandu mangsa diarahkan untuk membuat sekatan jalan raya.
Kereta suspek berjaya dikesan di lampu isyarat Batang Kali menghala ke Serendah. -myMetro Online

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story