KLIA2 Beroperasi 2 Mei 2014 – MAHB

KLIA2

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad’s (MAHB) manyasarkan KLIA2 yang berkeluasan 257,000 meter persegi akan mula beroperasi pada 2 Mei 2014.
MAHB dalam satu kenyataan media memberitahu sasaran itu ditetapkan berdasarkan tarikh siap yang disemak oleh pihak kontraktor.
“Pihak kontraktor telah meminta semakan semula berhubung tarikh penyiapan KLIA2.

“UEM Construction Sdn. Bhd. (UEMC), UEMC-Bina yang merupakan kontraktor bagi pembinaan bangunan terminal telah mengesahkan tarikh siap bangunan itu pada 30 April 2014,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, kata kenyataan itu, berdasarkan tarikh siap oleh pihak kontraktor maka MAHB menyasarkan KLIA2 akan dibuat untuk operasi pada 2 Mei 2014.
MAHB bagaimanapun menegaskan akan terus memantau kemajuan kerja yang dilakukan oleh semua kontraktor dan ganti rugi iaitu LAD akan dikuatkuasakan mengikut obligasi kontrak kontraktor masing-masing.
Tegas kenyatana itu, keselamatan dan kualiti adalah keutamaan MAHB maka kontraktor dikehendaki memastikan penyelesaian bangunan terminal KLIA2 mematuhi semua standard keselamatan yang dikehendaki.
Media sebelum ini melaporkan tempoh pembinaan klia2 yang sepatutnya siap pada bulan ini terpaksa ditangguh kerana perubahan beberapa skop kerja yang dikatakan telah memberi kesan terhadap tempoh pembinaannya.
Sehubungan itu MAHB memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas kontraktor terlibat akibat kelewatan tersebut. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story