Zoo Negara Terima Tiga Ekor Harimau Putih

Zoo Negara Terima Tiga Ekor Harimau Putih

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan tiga ekor harimau bewarna putih di Zoo Negara pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Zoo Negara dalam satu kenyataan media memberitahu, dua ekor harimau betina dan seekor harimau jantan itu selamat tiba di zoo berkenaan tiga hari lalu.
“Tiga ekor Harimau Bengal ini diterbangkan dari Taman Zoologi Indira Gandhi pada 15 Jun lalu dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 2.50 petang.
“Ketiga-tiga harimau bewarna putih ini sedang dikuarantin selama dua bulan dalam kandang khas di Zoo Negara. Orang ramai akan dapat melihatnya semasa hari raya puasa nanti,” kata kenyataan itu hari ini.
Lebih menarik kata kenyataan itu, Harimau Bengal itu akan dipamerkan bersebelahan Harimau Malaya di Zoo Negara.
Jelas kenyataan itu, tiga ekor harimau putih itu diperoleh sebagai syarat pertukaran tiga ekor zirafah yang dilahirkan di Zoo Negara kepada Taman Zoologi Indira Gandhi.
Justeru Zoo Negara yakin kehadiran tiga ekor Harimau Bengal itu akan menggalakkan lagi bilangan pengunjung ke zoo berkenaan yang mempunyai lebih 5,000 haiwan setakat ini.
“Harimau putih ini kini dibuka untuk tajaan dan derma oleh pertubuhan korporat dan individu. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-4108 3424,” kata kenyataan itu.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story