Gusti Adik Sampai Mati Di New Orleans

Gusti

Seorang budak lelaki 13 tahun di New Orleans didakwa atas kematian adik perempuan tirinya berusia 5 tahun selepas dia mengaku melakukannya dengan meniru rancangan gusti di televisyen.
Menurut kanak-kanak berkenaan ketika disoalsiasat Detektif Matt Vasquez, dia mempraktikkan aksi ‘WWE’ termasuk menghempas mangsa ke atas katil, menumbuk perut, menyiku dan melompat ke atasnya ketika ditinggalkan bersama si adik ketika ibu tirinya keluar.
Perlakuannya membuatkan mangsa mengalami patah rusuk, kecederaan organ dan pendarahan dalaman.
Apa yang mendukacitakan, Vasquez menyatakan kanak-kanak itu mengaku dia sedar aksi WWE adalah lakonan semata-mata namun dia meneruskan perlakuan ganasnya kerana berasa gembira melakukannya.
Walaupun mangsa menjerit kesakitan, dia hanya berhenti setelah telefon rumah berdering kerana ibu tirinya menelefon untuk memeriksa keadaan mereka di rumah.
Sejurus kemudian adiknya mengerang sakit di bahagian perut seterusnya berhenti bernafas. Kanak-kanak berkenaan yang panik memanggil petugas kesihatan namun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Pihak WWE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan kesal dengan kejadian ini.
Oleh: REM RAMZI

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story