SEOUL – Bintang bola sepak popular Korea Selatan, Park Ji-Sung menggunakan sidang media yang padat, hari ini untuk mengumumkan beliau kini mempunyai teman wanita yang juga pengacara rancangan sukan televisyen.
Bekas pemain Manchester United dan bekas kapten Korea Selatan berusia 32 tahun itu berkata, beliau menjalin hubungan dengan Kim Min-Ji, 27, sejak beberapa bulan lalu.
Park sebelum ini banyak menghabiskan usianya dengan kerjaya bola sepak dengan kehidupan peribadinya sering menjadi topik perbualan dan spekulasi.
Semalam, akhbar tempatan Korea menyiarkan gambar Park dan Kim berjalan beriringan tangan ketika hujan di tebing Sungai Han, di Seoul.
“Saya sebelum ini bercadang untuk membuat pengumuman yang mengejutkan yang saya kini dilamun cinta dengannya. Tapi hari ini saya fikir hanya untuk mengesahkan apa yang dilaporkan semalam,” kata Park sambil berseloroh.
Park berkata, mereka sudah bertemu kedua-dua ibu bapa mereka, namun setakat ini belum ada perbincangan mengenai tarikh perkahwinan.
Kim adalah pengacara bersama bagi satu rancangan bola sepak televisyen tempatan. – AFP
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment