Kelly Clarkson Panik Selepas Cincin Hilang

Kelly Clarkson Panik Selepas Tunang Hilang

Nashville – Penyanyi Kelly Clarkson tidak berhenti-henti memohon maaf kepada tunangnya, Brandon Blackstock selepas dia kehilangan cincin pertunangan mereka ketika mengadakan persembahan di Festival Muzik CMA, di sini, pada 8 Jun lalu.
Clarkson dijadual berkahwin dengan Blackstock yang juga pengurus bakat pada 20 Oktober ini.
Ketika mengadakan persembahan awal, Clarkson sudah menyedari bahawa dia terlupa memakai cincin berkenaan.
Dia juga berulang kali mencari cincin berkenaan namun dalam masa sama memohon maaf pada Blackstock.
Bagaimanapun selepas itu, Clarkson ternyata gembira selepas cincin berkenaan ditemui.
“Kepada semua peminat yang mengambil berat,saya telah menemui cincin ini. Serius saya berasa panik sepanjang malam….begitu juga dengan Brandon,’’ katanya dalam twitter miliknya.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story