Anak Perempuan Steve Irwin Jadi Mangsa Terbaru

Anak Perempuan Steve Irwin Jadi Mangsa Terbaru

Australia – Anak perempuan mendiang Steve Irwin, Bindi merupakan selebriti terbaru menjadi mangsa terbaru penipuan dalam talian selepas dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan ski di Switzerland.
Berita palsu mengenai kematiannya bermula pada Jumaat lalu dan mula tersebar melalui twitter serta menjadi carian paling popular dalam internet.
Carian tersebut berkait dengan `Steve Irwin daughter’ dan ada juga yang mencari di internet `September 2006 death of her father’.
Hakikatnya, remaja berusia 14 tahun itu masih hidup dan sihat.
Malah pada Khamis, Bindi telah memuat naik video kunjungannya ke Hong Kong bersama dengan mendiang bapanya sebelum ini dan turut memuat naik gambar dalam Instragram dengan perkataan `Unconditional Love’ yang ditulis di atas pasir.
Remaja tersebut menjadi sebutan ramai selepas filem lakonannya `Return to Nim’s Island” telah ditayangkan pada bulan Mac lalu dan DVD filem itu diedarkan pada 21 Mei lalu.
Bindi kini sibuk dengan projek lakonan bersama Discovery Channel dan turut terlibat dalam aktiviti alam sekitar.
April lalu dia mengunjungi Singapura untuk bercakap mengenai hidupan liar.
Steve Irwin yang turut dikenali sebagai The Crocodile Hunter meninggal dunia pada 2006 selepas tertusuk duri ikan pari.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story