Dolce & Gabbana Kena Penjara

stefano-gabbana-domenico-dolce-portrait

Mahkamah Itali menjatuhkan hukuman satu tahun lapan bulan penjara serta denda USD670,000 ke atas taikun fesyen, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana (Dolce & Gabbana) atas kesalahan mengelak cukai bernilai USD268 juta.
Walaupun pertuduhan asal menyebut jumlah yang dicurangi mereka lebih satu bilion Euro, hanya 200 juta dianggap relevan.
Peguam Dolce & Gabbana yang pernah mewakili selebriti terkenal dunia lain termasuk Beyonce dan Madonna, menyatakan mereka akan segera memfailkan rayuan.
Mengulas perkara ini, Gabbana mengepos di Twitter bahawa dia hanya memikirkan tentang membuat pakaian dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkaitan untuk membuat penilaian.
Ditubuhkan pada 1985, Dolce & Gabbana mempunyai 250 butik di 40 buah negara serata dunia.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story