Perhilitan Tahan Warga India Jual Kuku Harimau

Kuku

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan tiga lelaki warga India kerana didapati menjalankan aktiviti menjual pelbagai spesimen hidupan liar secara haram di sekitar Jalan Pasar, Pudu di sini hari ini.
Perhilitan dalam satu kenyataan media memberitahu ketiga-tiga suspek ditahan kira-kira pukul 12.30 tengahari kerana didapati menjual kuku dan gigi harimau, kaki dan kulit harimau, kuku dan kepala serigala, kuku burung helang serta bulu gajah.
“Ketiga-tiga suspek tersebut telah diterangkan mengenai kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 ( Akta 716 ) iaitu seksyen 87,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, mana-mana individu yang menjual mana-mana hidupan liar yang dilindungi merupakan satu kesalahan dan boleh didenda maksimum RM20,000 atau dipenjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.
Justeru, kata kenyataan itu, Perhilitan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Pudu dan ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

1 comments:

Kubah Masjid said...

Salam kenal...
Terima kasih ...
Ditunggu kunjungan baliknya

... >>> SUKSES

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story