“Tidak Perlu Guna Tentera, Kami Bukan Pengganas”

Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan resah dengan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkemungkinan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menangani Himpunan Black 505 oleh pembangkang pada Sabtu ini
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan media menggesa pihak polis supaya tidak meneruskan cadangan itu kerana langkah berkenaan didakwa tidak rasional dan relevan untuk dilakukan oleh pasukan keselamatan tersebut.
“DPP Wilayah Persekutuan menganggap cadangan itu keterlaluan kerana menganggap perhimpunan berkenaan sebagai satu ancaman kepada negara
“Menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya. Mungkin kenyataan ini hanya suatu provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media sebelum ini melaporkan polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara, Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid dipetik sebagai berkata, PDRM telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.
Mengulas lanjut. Mohamad Suhaimi mendakwa peserta Himpunan Black 505 bukan pengganas atau penjenayah berbahaya yang mahu menjajah negara.
Dakwanya, lesemua peserta datang bersama keluarga tanpa sebarang senjata dan negara ini bukan berada dalam keadaan darurat sehingga memaksa tentera untuk campur tangan.
“Beliau (Salleh) tidak perlu risau dengan perhimpunan ini kerana rakyat bukannya pemberontak yang tidak tahu undang-undang dan hak mereka,” dakwanya lagi.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dalam kenyataan berasingan mendakwa Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok adalah perhimpunan aman.
Justeru, dakwanya. perhimpunan itu tidak sepatutnya dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menjadi hak rakyat untuk berkumpul di lokasi berkenaan secara aman.
“Himpunan Blackout 505 yang dijalankan di seluruh negara sebelum ini tanpa sebarang tragedi dan masalah,” dakwanya lagi. – mynewshub.my

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story