KUALA LUMPUR – Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 tampil kelainan apabila mengubah kriteria pencalonan dan menambah satu kategori baru.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Rosmin Hashim memberitahu media, kriteria yang digunapakai sebelum ini iaitu penggunaan 100 peratus bahasa Melayu dalam lagu telah diubah.
Katanya, kriteria sebelum ini yang mewajibkan penggunaan 100 peratus telah diubah kepada sekurang-kurangnya 60 peratus penggunaan bahasa Melayu.
“Jadi lagu yang digabungkan dengan Bahasa Inggeris boleh bertanding,” katanya pada sidang media pelancaran AIM20, di sini, hari ini.
Menurutnya,, perubahan kriteria itu diambil dari usul yang diutarakan pada forum muzik tahun lalu.
“Kami ambil kira usul-usul sebelum ini dan memang tak dinafikan banyak lagu-lagu yang sedemikian (campur bahasa Melayu dan Inggeris).
“Kalau tak diubah, lagu-lagu seperti itu tak dapat diberi pengiktirafan,” katanya.
Mengulas lanjut soal perubahan itu, Rosmin menegaskan ia bukan untuk membelakangkan Bahasa Melayu.
“Langkah yang diambil bukan hendak membelakangkan bahasa Melayu tetapi untuk mencerminkan penguasaan bahasa terutama bahasa Inggeris.
“Saya percaya ia akan disambut baik oleh pengkarya tempatan,” katanya lagi.
Sementara satu kategori baru, Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam lagu ditambah menjadikan 20 kategori dipertandingkan bagi AIM kali ini.
Majlis anugerah AIM 20 bakal berlangsung pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil. - Sinar Harian Online
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment