TV3 Rombak Waktu Siaran Program Dan Drama

TV

Pada 1 Jun 1984 bersamaan 29 tahun yang lalu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih sinonim dengan nama TV3 dilancarkan di Jalan Liku, Bangsar, Kuala Lumpur.
Awalnya, stesen televisyen swasta pertama tanah air ini memulakan siaran hanya di sekitar Lembah Klang dari jam 5.00 petang hingga tengah malam. Seiring dengan peredaran masa dan kepesatan teknologi, TV3 kini boleh ditonton secara 24 jam sehari di seluruh Malaysia secara percuma.
Kini, para penonton bukan sahaja dapat menonton program TV3 melalui televisyen, malah menerusi portal video Tonton yang boleh diakses dari tablet pintar pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Program dokumentari popular ‘Majalah 3’ yang sebelum ini disiarkan setiap hari Sabtu akan ditukar ke hari Isnin jam 9.00 malam, slot Samarinda yang sedang menyiarkan drama siri ‘Epilog Cinta Khirana’ diubah ke setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam dan World Wrestling Entertainment (WWE) pada hari Isnin jam 11.00 malam.
Selepas berakhirnya drama Epilog Cinta Khirana, slot Samarinda akan menayangkan drama Ramadan Yang Hilang. Slot Aksi yang bakal menampilkan drama siri ‘Dewi Lasak’ akan bersiaran pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam.
Manakala program Bersamamu akan bertukar siaran ke Khamis jam 9.30malam.
Slot Pearl Screen yang mempersembahkan filem-filem terbaik Hong Kong dan China diletakkan pada hari Khamis jam 10.00 malam. Memasuki musim kedua, program bual bicara ‘Tunggu Sekejap’ yang dihoskan oleh Awie bakal menemui penonton pada hari Sabtu jam 9.00 malam.
Sejak itu, beberapa slot diperkenalkan untuk mengisi waktu perdana seperti Cerekarama pada tahun 1985, Samarinda menerusi ‘Badai Metropolis’ pada tahun 2004, Lestary menerusi drama popular ‘Natasha’ pada tahun 2005, Aksi menerusi ‘Misi XX-Ray’ pada tahun 2007 dan Zehra pada tahun 2009 selepas menyaksikan kejayaan drama rantaian ‘Nur Kasih’.
Bermula 24 Jun ini, beberapa program meliputi majalah, dokumentari, drama dan hiburan akan diubah waktu siaran.
Di sebalik rombakan waktu siaran, beberapa program masih dikekalkan seperti asal. Program tersebut ialah slot Lestary yang sedang menyiarkan drama siri romantik ‘Kisah Cinta’, ‘Supernatural’, ‘Soal Jawab’, ‘999’,
slot Zehra (Sebenarnya Saya Isteri Dia), ‘Mega Movie’ dan ‘Cerekarama’. Malah, bermula 30 Jun ini, drama rantaian terbaru berjudul ‘Ummi’ akan menemani penonton setiap hari Ahad jam 9.00 malam disusuli ‘The Best of BMB’ jam 10.00 malam dan ulangan drama siri ‘Miss Octopus’ pada jam 11.00 malam.
Berikut merupakan jadual baru TV3 pada waktu perdana:
tv3
Sumber: Budiey.com

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story