Konsert K-Pop Sempena Ulang Tahun AIA Bhd

Konsert K-Pop Sempena Ulang Tahun AIA Bhd.

KUALA LUMPUR – Syarikat insurans nyawa AIA Bhd. (AIA) akan menaja konsert AIA K-Pop bersempena ulang tahun ke-65 syarikat tersebut pada 27 Jun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Bill Lisle berkata, konsert itu bertujuan meraikan ulang tahun AIA bersama kakitangan, pelanggan dan rakan kongsi perniagaan syarikat tersebut.
“Konsert AIA K-Pop secara tidak langsung dapat mendekatkan syarikat kani dengan generasi muda negara ini.
“AIA sejak April lalu melancarkan usaha menarik minat generasi muda untuk membina kerjaya sebagai Perancang Hayat bersama kami,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Bill dalam kenyataan sama turut memaklumkan jenama insurans ING akan dikeluarkan dari pasaran dan akan beroperasi di bawah lesen dan jenama tunggal dikenali sebagai AIA Bhd.
Menurutnya, langkah itu selaras dengan pengambilalihan perniagaan insurans ING di Malaysia pada Disember tahun lalu oleh AIA.
Proses penyepaduan AIA-ING bermula 18 Disember tahun lalu apabila AIA Group Ltd. selesai melakukan pengambilalihan perniagaan hayat, insurans am dan manfaat pekerja ING Group di Malaysia.
Jualan itu juga termasuk kepentingan 60 peratus ING Group di dalam ING PUBLIC Takaful Ehsan Bhd. yang sedang menjalani pengintegrasian dengan AIA AFG Takaful Bhd dan kini dikenali sebagai AIA PUBLIC Takaful Bhd.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story