PETALING JAYA – Myanmar telah menghentikan penghantaran pekerjanya ke Malaysia buat sementara waktu kerana bimbang mengenai tahap keselamatan susulan insiden keganasan melibatkan rakyatnya di negara ini.
The Elevan Media di Myanmar melaporkan Persekutuan Agensi Pekerjaan Luar Negara (Myanmar) pada minggu lalu telah mengarahkan syarikat pekerjaan luar negara untuk tidak lagi menghantar pekerjanya ke Malaysia.
“Situasi di sana sekarang memaksa kita untuk bertindak demikian. Kami menerima laporan bahawa keadaan di sana kembali tenang sekarang. Keadaan itu hanya bersifat sementara sahaja.
“Namun kami tidak boleh jangka bila ketegangan itu akan bermula lagi. Kami juga akan berbincang dengan delegasi kerajaan yang baru tiba dari sana,” kata Ei Mon Soe, seorang Pengarah dari Kementerian Buruh Myanmar.
Beberapa syarikat pembekal buruh di sini turut mengesahkan pekerja Myanmar tidak dihantar sejak minggu lalu.
Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan LLN, Ng Cheng Ho berkata dua pekerja Myanmar yang sepatutnya tiba minggu ini tetapi ia ditangguhkan walaupun dokumen berkaitan telah dihantar dan diluluskan.
“Ejen mereka di Myanmar memberitahu saya bahawa mereka tidak boleh menghantar pekerja terbabit sekarang,” katanya.
Seorang perunding syarikat pembekal buruh yang hanya ingin dikenali sebagai Isabel berkata, mereka menghadapi situasi yang sama.
Bagaimanapun, katanya, mereka akan terus memproses dokumen pekerja-pekerja yang ingin bekerja di sini kerana percaya pembekuan sementara itu akan berakhir dalam masa terdekat.
Dianggarkan kira-kira 300,000 pekerja Myanmar di Malaysia yang bekerja secara sah dan haram sementara 100,000 lagi pelarian dari negara itu. – tHE STAR
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment