Hebat! Pencawang Internet Google Guna Belon Udara Panas


Gergasi enjin carian internet, Google melepaskan sejumlah belon udara panas dilengkapi pencawang internet ke stratosfera Bumi bagi bagi menyalurkan perkhidmatan dalam talian ke seluruh dunia.



Mengambil masa 18 bulan untuk dibangunkan, pelancaran projek rahsia itu dibuat di New Zealand kelmarin.

Sebagai permulaan, sekitar 50 isi rumah mula menerima perkhidmatan internet yang dipancarkan daripada belon berisi gas helium tersebut.

Belon-belon udara panas itu mampu terbang pada ketinggian 19.2 kilometer dari Bumi.

Google berharap pihaknya dapat melancarkan beribu-ribu belon udara panas itu bagi menyalurkan perkhidmatan internet ke kawasan pedalaman di seluruh dunia.

Usaha tersebut yang dinamakan Projek Loon, kata Google, diharap dapat mengurangkan jurang digital antara 2.2 bilion pengguna internet semasa dan sekitar 4.8 bilion lagi yang tidak memiliki kemudahan itu.

Menurut Google, belon udara panas yang bertindak sebagai pencawang itu juga membolehkan negara rantau Asia Tenggara dan Afrika menyalurkan perkhidmatan internet pada kos lebih murah tanpa perlu membina kabel fiber optik.

"Ini projek besar, matlamat kami juga besar," kata ketua inisiatif tersebut, Mike Cassidy.

Dilengkapi panel solar, Belon-belon udara itu dikawal oleh stesen kawalan yang dibina pada jarak selang 100 kilometer.

Setiap belon tersebut dapat menyalurkan perkhidmatan internet meliputi kawasan seluas 2020 kilometer persegi atau dua kali ganda saiz bandar raya New York di Amerika Syarikat.

Belon udara panas itu mampu memancarkan isyarat internet ke kawasan pergunungan, rimba dan lembah tanpa mengira bentuk permukaan bumi. -AP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story