Amerika ‘Jatuhkan’ Russia, China

Amerika

Washington – Satu laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat, semalam memetik Russia dan China antara negara paling teruk di dunia dalam usaha menangani masalah buruh paksa dan perdagangan seksual yang memaksa kepada sekatan negara itu, selain turut mengundang kemarahan Moscow dan Beijing.
Laporan itu berkata, Russia gagal menyediakan keselamatan sistematik untuk mangsa penyeludupan manusia. Manakala China berdasarkan laporan itu tidak banyak bertindak untuk menghalang semua bentuk pemerdagangan dan menghukum pesalahnya.
Tindakan Amerika Syarikat itu menjatuhkan Russia dan China yang sudah sedia bermasalah dengan Washington, dalam kategori sama dengan Korea Utara dan Iran.
Jabatan negara itu meletakkan negara terbabit berdasarkan usaha mereka dalam menentang pemerdagangan manusia. Russia, China dan Uzbekistan berada di kedudukan paling rendah.
Russia dakwa tak tepat
Kementerian Luar Russia mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa laporan terbabit menggunakan metodologi yang tidak dapat diterima dalam meletakkan negara terbabit berdasarkan darjah simpati mereka dengan Washington.
“Dalam menentang jenayah terancang termasuk menangani pemerdagangan orang, pihak berkuasa Russia tidak pernah mengikut panduan bekerjasama dengan negara lain, selain tidak memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.
Russia berkata, mereka akan bertindak balas terhadap sebarang bentuk sekatan.
China tepis dakwaan
Di Beijing, jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying, berkata Washington sepatutnya mengambil satu langkah objektif dan pandangan berkecuali terhadap usaha China dan berhenti membuat penghakiman berat sebelah dan melulu.
China katanya, mencapai perkembangan positif dalam usaha menangani penyeludupan manusia di dalam dan luar negara.
Laporan Amerika Syarikat itu turut mengakui bahawa China mengambil beberapa langkah, termasuk berikrar untuk bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan meningkatkan kesedaran umum tetapi berkata, ia tetap bermasalah dengan beratus-ratus institusinya sendiri.
Laporan itu turut menjejaskan lagi hubungan antara Amerika Syarikat dengan kedua-dua negara, yang sudah terjejas dengan cara menangani perang saudara di Syria dan isu lain, termasuk keselamatan siber. – REUTERS

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story