Denda RM150 Bagi Saman AES – Liow

Datuk Seri Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR – Saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan RM150, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata keputusan itu diluluskan oleh Kabinet semasa mesyuarat baru-baru ini.
Beliau turut menyangkal khabar angin bahawa kerajaan akan menyelesaikan kira-kira 1.6 juta saman yang dikeluarkan ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju di bawah AES apabila ia mula diperkenalkan pada 2012.
“Mereka perlu membayar tetapi RM150 mulai sekarang dendanya ialah RM150,” kata beliau kepada pemberita di lobi parlimen di sini semalam.
Beliau berkata mereka yang gagal membayar denda akan disenaraihitam dan tidak dibenar untuk memperbaharui lesen memandu.
Liow berkata pada masa ini sebanyak 40 kamera AES dipasang di Lembah Klang dan Perak. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story