Miang lagi, kan dah kena cekup Kisah gangguan seksual dalam tren LRT yang dimuat naik di Facbook oleh seorang wanita yang menjadi mangsa dan gambar kanan, lelaki yang ditahan polis bantuan Prasarana.


Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan polis bantuan Prasarana dipercayai suspek yang melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dalam tren Putra LRT pada 8 November lalu.
Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategi Prasarana Lim Jin Aun berkata, lelaki tempatan itu ditahan Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT) ketika berada dalam bas Rapid KL dari Subang Mewah menuju Pasar Seni.
Menurutnya, lelaki itu kemudian dibawa ke pejabat SAT untuk proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
“Pihak kami sudah memaklumkan penahanan itu kepada mangsa.
"Tangkapan dilakukan susulan laporan dibuat mangsa mendakwa diganggu seorang lelaki dalam tren LRT," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam kejadian 8 November lalu, seorang wanita menerusi akaun Facebook mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang lelaki ketika berada dalam tren Putra LRT.
Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika di Stesen Universiti dan lelaki itu turun di stesen Bangsar.
Menurut Lim, pihaknya merakam penghargaan kepada semua pihak yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya lelaki itu.
“Rapid KL selaku pengendali perkhidmatan LRT, Monorel dan Bas Rapid di Lembah Klang sentiasa komited menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang", katanya. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story