Terlanggar Ketika Selfie, Patung 300 Tahun Hancur


Terlanggar Ketika Selfie, Patung 300 Tahun Hancur


KEGHAIRAHAN seorang pelancong warga Brazil untuk bergambar‘selfie’ dengan sebuah patung antik berusia 300 tahun berakhir dengan tragedi apabila dia menghancurkan patung berkenaan.

Menurut satu laman berita antarabangsa, pelancong berkenaan secara tidak sengaja melanggar patung itu apabila cuba merakam foto bersamanya dalam kejadian di Muzium Nasional Seni Kuno, Lisbon, Portugal.
Akibat perlanggaran tersebut, patung dikenali sebagai ‘the statue of Saint Michael,’yang dibuat pada tahun 1700-an hancur di beberapa bahagian.
Terlanggar Ketika Selfie, Patung 300 Tahun Hancur
Foto kerosakan patung yang tak ternilai harganya itu, dimuat naik ke rangkaian sosial Facebook oleh seorang individu, Nuno Miguel Rodrigues yang pada ketika itu turut berada di ruang pameran patung berkenaan.
“Inilah harga yang dibayar untuk kemasukan percuma pada hari Ahad pertama setiap bulan,” tulisnya pada foto yang dimuat naik.
Manakala menurut Timbalan Pengarah muzium itu, Jose Alberto Seabra Carvalho berkata kepada media tempatan, “Sudah bertahun-tahun saya bekerja di muzium dan tidak pernah mengingati kejadian seumpama ini berlaku.”
Malah menurut pakar yang menganalisis kerosakan yang dialami oleh ‘the statue of Saint Michael’ tidak dapat diperbaiki lagi.
Susulan kejadian itu, Pengarah muzium tersebut, Antonio Filipe Pimentel, menegaskan hanya sejumlah 64 orang pengunjung sahaja yang boleh memasuki 84 ruang pameran muzium itu dalam satu-satu masa. -MYNEWSHUB.CC


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story