Alfian Aziz selamat dikebumikan - Al-Fatihah


Kuala Terengganu: Bekas pemain bola sepak Terengganu, Alfian Aziz, 36, yang maut dalam kemalangan di Gerik, Perak, petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara di sini, kira-kira 10 pagi tadi.
Jenazah pemain yang pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada 2001 itu tiba 4 pagi tadi dari Hospital Gerik dan dibawa ke Surau Sri Flat Kolam untuk solat jenazah.
Dalam kejadian 3.15 petang semalam, mangsa dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah pulang ke Terengganu.
Kenderaan dipandu mangsa kemudiannya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.
Dalam kejadian itu, isteri mangsa, Zanariah Ramli @ Danial Malan, 27, cedera di muka manakala dua anaknya, Arysha Zahra, 3, patah tulang pinggul, paha dan mengalami pendarahan dalam kepala dan Aqeef Zafran, 1, cedera ringan. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story