TANAH MERAH – Polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Suzaimi Mohamad berkata bayi itu disedari diculik kira-kira 9 malam dan hasil tindakan pantas polis, bayi itu dikesan berada dengan pasangan berusia 20-an itu di Selising, Pasir Puteh, pada kira-kira 10 malam.
Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah bersama bayi yang dikenal pasti oleh ibu bapanya serta petugas hospital, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Suzaimi berkata suami isteri itu direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.
Bapa bayi itu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashari, 29, menyedari mengenai kehilangan bayinya itu selepas diberitahu isterinya Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, semasa dia datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu.
Jururawat memberitahunya bayi itu diambil pada 6.47 petang oleh seorang lelaki yang mengaku anggota keluarganya.
Pada ketika itu, Mohd Ihtisyamsuddin sedar bayinya itu telah diculik dan “keadaan di hospital menjadi kelam kabut”.
Dia segera membuat laporan polis, yang mendapatkan butiran mengenai lelaki itu, termasuk nama dan alamatnya, dari buku pendaftaran hospital.
“Kira-kira dua jam kemudian polis memaklumkan anak saya ditemui dan dua suspek ditangkap.
“Saya sangat berterima kasih kepada polis yang bertindak cepat dan bersyukur kerana anak saya selamat,” kata Mohd Ihtisyamsuddin.
Beliau berharap tahap keselamatan di hospital ditingkatkan agar kejadian seperti itu tidak berulang. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment