GARA-gara ‘menconteng’ perkataan disabled (orang kurang upaya) di jalan raya, seorang wanita warga emas dari Nottingham, United Kingdom didenda sebanyak £75 (RM406).
Menurut Elaine Bacon; 55, dia menyuruh suaminya menulis perkataan tersebut selepas sukar untuk mendapatkan ruangan parkir di kawasan berdekatan kediamannya.
Elaine berkata dia tidak larat untuk berjalan jauh sejak mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang selepas terlibat dalam kemalangan lapan tahun lalu.
Susulan kesalahannya itu, pihak Majlis Perbandaran Nottingham telah mengeluarkan kenyataan, “Dia secara sengaja menconteng kawasan tersebut menyebabkannya didenda.”
“Hanya pegawai majlis perbandaran sahaja yang dibenarkan untuk membuat sebarang road markings,” tegas wakil tersebut.
Enggan membuat sebarang rayuan berhubung saman denda tersebut, Elaine berkata, “Apa gunanya buat rayuan? Mereka bukannya faham pun masalah saya. Saya akan bayar sahaja denda yang dikenakan.” – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment