JIMMY Kickham sering menyatakan bahawa dia akan menggali kuburnya sendiri apabila umurnya sampai ke angka 90 tahun.
Memandangkan dia kini sudah berumur 89 tahun, maka Jimmy berjaya melaksanakan hasratnya itu.
Dia yang bekerja sebagai pekerja pembinaan berasal dari Kanada. Minggu lepas Jimmy telah menggali kuburnya di gereja St Alexis.
Sebelum ini Jimmy selalu terlibat dalam kerja-kerja menggali kubur.
“Saya suka menggali. Suatu hari ketika sedang menggali kubur, saya telah terfikir kerapa saya tidak menggali kubur sendiri jika saya boleh hidup sampai usia 90, jadi saya hampir 90 tahun dan ia sudah dilakukan,’’ katanya.
Namun tidak dapat disangkal lagi, keputusan Jimmy itu membuatkan ramai yang terkejut terutama keluarganya.
Bagaimanapun apabila Jimmy menyatakan dia tetap akan melakukannya maka mereka tidak lagi mempersoalkan hasratnya itu.
“Saya bertemu dengan paderi dulu untuk mengambil ukuran meskipun saya tahu ukuran sebenar kerana pernah menggali kubur sebelum ini,’’ katanya.
Lubang kubur yang digali oleh Jimmy itu telah diletakkan kotak kayu dan ditimbus semula.Apabila ia sedia untuk digunakan, tanah itu akan digali dan keranda akan dimasukkan ke dalam kotak kayu berkenaan.
“Mereka (keluarga) tahu bahawa semuanya dilakukan oleh saya jadi mereka tidak perlu bimbang. Hanya masa yang akan menentukan bila kotak itu akan dibuka,’’ katanya. – mynewshub.cc
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment