Bonus setengah bulan


Iskandar Puteri: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri ini bagi menghargai komitmen mereka.
Difahamkan, lebih 11,000 penjawat awam negeri akan menerima manfaat itu, namun tarikh pemberian bonus itu akan dimaklumkan kelak.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, memandangkan Johor sudah merekodkan pelbagai pencapaian yang membanggakan sejak kebelakangan ini, pemberian bonus itu adalah sebagai menghargai komitmen penjawat awam di negeri ini.
"Usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan komitmen kakitangan kerajaan.
“Kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan semua dalam membangunkan Johor. Semoga budaya kerja yang cemerlang itu dapat diterus dan digandakan pada masa hadapan,” katanya pada pembentangan Bajet 2017 bagi Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Mohamed Khaled turut mengumumkan bonus yang sama kepada wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story