Pengunjung Hospital Hairan Kambing ‘Masuk’ Ke ER

Pengunjung Hospital Hairan Kambing 'Masuk' Ke ER

ANKARA – Seorang warga emas tempatan mencetuskan rasa pelik dan kehairanan kepada kakitangan dan pesakit salah sebuah hospital di Turki apabila dilihat mengendong seekor kambing.

Kelibat Mustafa Uygun, 63, dalam keadaan tergesa-gesa memasuki bangunan itu bersama-sama haiwan peliharaan tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Hospital Kerajaan Eskisehir di barat laut Turki.
Menurut laman berita Daily Mail, Uygun terpaksa membawa kambingnya itu ke bilik kecemasan (ER) hospital berkenaan kerana mengalami pendarahan akibat patah tanduk dan berada dalam kesakitan.
Pengunjung Hospital Hairan Kambing 'Masuk' Ke ER
Pengunjung Hospital Hairan Kambing 'Masuk' Ke ER
“Saya tidak tahan melihat dia dalam kesakitan jadi saya membawanya ke hospital, kerana saya tidak tahu mana-mana klinik veterinar di Eskisehir,” katanya.
Tambah Uygun, anak perempuannya sangat sayangkan kambing itu dan disebabkan itulah dia sanggup membawa haiwan berkenaan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menerusi video yang tersebar menerusi laman sesawang, Uygun terpinga-pinga mencari seseorang yang boleh membantu kambing peliharaannya itu.
Sehinggalah muncul beberapa jururawat yang baik hati datang membantu dan merawat tanduk kambing yang patah itu dengan iodine, sebelum memberitahu Uygun klinik haiwan berdekatan.
Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Uygun apabila kambing kesayangannya tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan di klinik haiwan tersebut.
Difahamkan kejadian berkenaan berlaku pada Julai lalu namun baru tersebar setelah dimuat naik di laman internet. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story