Abang Allayharham Haron Din Meninggal Dunia

Abang Allayharham Haron Din Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Abang kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.05 petang tadi ketika menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.

Perkara tersebut disahkan melalui status akaun Facebook Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Official) tadi.
“Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kekanda kepada Allahyarham Tuan Guru Haron Din iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi.
“Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. Semoga Allah Mencucuri rahmat dan Mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi. Amin,” tulisnya.
Allahyarham dikatakan menjalani pembedahan jantung Jumaat lalu sebelum keadaan kesihatannya merosot petang tadi.- MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story