Lebih 1,000 Hadiri Program Fit Masjid 2016 Di Seremban

Lebih 1,000 Hadiri Program Fit Masjid 2016 Di Seremban

SEREMBAN – Lebih 1,000 orang termasuk pelajar sekolah dan penduduk sekitar hadir memeriahkan program Fit Masjid peringkat Kebangsaan 2016 di sini, yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata program ini berkonsepkan kerohanian dengan matlamat utama mendekatkan golongan belia dengan institusi masjid melalui aktiviti riadah santai.
“Saya harap program ini dapat diadakan setiap tahun kerana saya lihat penyertaan daripada golongan belia amat menggalakkan.
“Program ini juga diharap dapat memperbetulkan persepsi belia yang berpandangan bahawa masjid adalah tempat beribadah semata-mata, dan ini sedikit sebanyak membataskan kegiatan masjid,” katanya kepada pemberita.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Zaifulbahri Idris.
Khairy berkata program Fit Masjid ini turut mendukung objektif untuk memakmurkan masjid secara maknawi seperti solat berjemaah, berzikir, membaca al-Quran dan ibadah yang lain, selain mempromosikan masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam.
Program Fit Masjid 2016 dimulakan dengan qiamullail, solat subuh berjemaah dan kuliah subuh diikuti dengan senaman ringan, Fun Ride (10km), Fun Walk (5km) selain pelbagai aktiviti sampingan termasuk gerai pameran dan jualan. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story