Aksi Tuang Kuah Pasembur Sambil Menari

rojak

GEORGE TOWN – Pasembur merupakan hidangan rojak yang tidak asing bagi Pulau Pinang, namun bagi Ayub Khan menari ketika menuang kuah pesembur merupakan daya tarikan pengunjung gerainya berhampiran bulatan Persiaran Gurney.

Ayub, 52, akan menuang kuah pasembur sambil menari dan melaungkan ‘rojak’ malah ia bukan sesuatu yang janggal bagi yang sudah biasa mengunjungi gerai Disco Pasembur 09 miliknya.
Rutin harian yang dilakukan oleh pengusaha gerai pasembur itu memang mencuit hati, apatah lagi ketika waktu puncak iaitu sekitar 6 petang hingga 8 malam apabila pelanggan setianya tidak putus-putus datang.
Ayub yang sudah 23 tahun berniaga pasembur berkata, kelainan yang ditampilkannya itu antara sebab gerainya menjadi pilihan pelanggan.
Tambah Ayub, beliau mula beroperasi dari 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari.
Terdapat lebih 20 jenis pilihan isi pasembur iaitu bebola ikan, ketam, udang, cucur udang dan sebagainya yang berharga dari RM1 hingga RM10 setiap satu jenis yang dipilih, katanya. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story