Langkawi: Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Langkawi Pulau Tuba (SMKLPT), Langkawi mengharumkan nama Malaysia apabila meraih tempat pertama pada acara Acara Roket Air Peringkat Asia Pasifik di Laguna, Filipina, petang semalam.
Khairul Ikmal Hakim Nurisyam, 14, adalah antara empat pelajar negara ini yang menyertai acara itu sempena Persidangan Asia Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF) ke-23 yang berlangsung di tempat sama.
Selain Khairul Ikmal Hakim, turut serta menyertai acara itu ialah rakan sekolahnya, Rohizad Zarain, 15, dan guru pembimbing, Mohd Jazrinizad Jamaludin.
Dua peserta lain adalah Amir Haziq Noor Alif Wira, dan P Hariharan, kedua-dua berusia 16 tahun serta guru pembimbing Noralina Ishak dari Sekolah Menengah Tinggi Kajang, Selangor.
Penyertaan peserta negara ke acara itu ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Kemenangan itu membolehkan Khairul Ikmal Hakim membawa pulang piala dan sijil penyertaan. -hmetro
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment