Caj Wad Kelas 1, 2 Naik Tahun Depan

s-subramaniam1-020713_620_411_100

KUALA LUMPUR – Caj perkhidmatan wad untuk pesakit kelas satu dan dua akan dinaikkan, berkuat kuasa 1 Januari 2017.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kadar peningkatan caj perkhidmatan wad itu bagaimanapun masih dalam perbincangan sebelum dimuktamadkan dengan Kementerian Kewangan.
“Caj perkhidmatan wad kelas satu dan dua tidak pernah disemak sejak 1982, malah kerajaan menanggung subsidi yang banyak dalam memberikan kemudahan rawatan.
“Kajian mendapati pesakit kelas satu dan dua hanya mewakili kira-kira 1.5 peratus daripada dua juta pesakit setiap tahun yang menerima rawatan di wad.
“Sehubungan itu, kenaikan ini tidak akan membebankan golongan sasar, iaitu kelompok mewakili 98.5 peratus yang mendapatkan rawatan di wad kelas ketiga,” katanya pada sidang media, sebentar tadi. – Berita Harian




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story