Gempa NZ: Dua Terbunuh, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa NZ: Dua Terbunuh, Amaran Tsunami Dikeluarkan

CHRISTCHURCH: South Island di New Zealand digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter sehingga menyebabkan pegawai kecemasan mengeluarkan amaran akitiviti tsunami berketinggian 10 kaki, malam tadi.
Kejadian pada pukul 7.02 malam itu berlaku 92km timur laut dari bandar Christchurch dan telah mengorbankan dua orang– di Kaikoura dan Gunung Lyford.
Sebelum ini, pihak berkuasa berkata bahawa terdapat beberapa penduduk yang tercedera dipindahkan ke pekan Kaikoura, yang telah terjejas teruk akibat bencana itu.
Penduduk yang tinggal di sepanjang pantai timur diberitahu untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi selepas amaran tsunami itu dikeluarkan.
Setakat ini, Marlborough dan Banks Peninsula merupakan kawasan yang paling berkemungkinan tinggi untuk dilanda ancaman tsunami.-MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story