Malaysiakini Didakwa Di Mahkamah Khas Siber

mkini

IBARAT kerana mulut badan binasa, terlajak kata buruk padahnya… Dua pengasas portal berita propembangkang Malaysiakini dihadapkan ke Mahkamah Khas Siber di ibu negara pada Jumaat.

Ia susulan tindakan mereka memuat naik satu rakaman video menunjukkan bekas pemimpin PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengeluarkan kenyataan yang didapati membidas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.
Menurut portal AgendaDaily, Premesh Chandran dan Steven Gan, pengasas Malaysiakini yang juga pengarah sebuah anak syarikatnya, KiniTV, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Syarikat KiniTV didakwa dengan dua pertuduhan, manakala Premesh dan Gan masing-masing didakwa di bawah Seksyen 244(1) kerana menggunakan jawatan mereka untuk membolehkan kenyataan Khairuddin itu disiarkan.
Sekiranya sabit kesalahan, mereka berdua boleh didenda sehingga RM50,000, atau penjara setahun atau kedua-duanya. Premesh bagaimanapun tidak hadir di mahkamah tersebut kerana dikatakan berada di United Kingdom.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sophian Zakaria memohon pihak mahkamah agar menetapkan amaun sebanyak RM10,000 sebagai wang jaminan ke atas Gan bagi memastikan kehadiran tertuduh untuk perbicaraan berikutnya.
KiniTV serta Gan dan Premesh diwakili peguam Fahri Azzat, K. Shanmuga dan James Khong, manakala Datuk Ambiga Sreenevasan bertindak sebagai pemerhati bagi pihak Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam).
Fahri dilaporkan membantah wang jaminan itu sebagai terlalu tinggi, serta merujuk kes di bawah akta yang sama membabitkan Datuk Zaid Ibrahim dan Sivarasa Rasiah apabila mahkamah tidak mengenakan wang jaminan.
“Anak guam saya tidak akan melarikan diri. Steven bersama Malaysiakini sejak 17 tahun dan dia bekerja setiap hari,” katanya. Hakim Zaman Mohd Noor kemudian memerintahkan RM2,000 sebagai jaminan peribadi.
Beliau menetapkan 3 Januari tahun depan untuk tarikh perbicaraan. Pada 6 November, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat portal itu di Petaling Jaya dan merampas dua buah komputer.
Video kontroversi tersebut mengandungi kenyataan Khairuddin dalam satu sidang media yang memaparkan beliau dengan jelas telah mengkritik beberapa tindakan dilakukan oleh Peguam Negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story